17-18 September 2015- Kursus Kepimpinan Nuqaba' diadakan untuk pelajar SMA Ittifakiah seramai 79 orang bertempat di Kem Sri Kluang.
Saturday, 26 September 2015
Kuliah Magrib II "Solat itu tiang Agama"
13 September 2015-Suatu Kuliah Magrib diadakan oleh Ustaz Mohd Azrul Hisham bin Mohamed yang bertajuk "solat itu tiang agama" yang diadakan di surau SMK Tengku Mahmud.
Kuliah Magrib "Apa itu Islam?"
2 September 2015- Suatu Kuliah diadakan oleh saudara Nik Ahmad Adham Bin Che Zainuddin bertajuk "Apa itu Islam" diadakan di surau SMK Tengku Mahmud melibatkan semua pelajar-pelajar Asrama di sekolah berkenaan.
PROGRAM KEMBARA MERDEKA
1 September 2015-Suatu Program Merdeka yang dianjurkan Oleh ABIM yang melibatkan seramai 50 orang daripada pelajar SMK Tengku Mahmud diadakan bertujuan untuk memupuk serta mendedahkan sikap patriotik dalam kalangan pelajar-pelajar.
Lawatan Ziarah Ahli Keluarga Usrah yang terlibat dalam kemalangan.
29 Ogos 2015-Suatu Lawatan Ziarah Ahli Keluarga Usrah yang terlibat dalam kemalangan diadakan di Hospital Kubang Kerian.
Dinner Talk Hari Kebangsaan 2015 "Ibrah Masa Lalu dan Harapan Masa Depan"
27 Ogos 2015- Wakil ABIM dijemput untuk menghadiri Dinner Talk Hari Kebangsaan 2015 "Ibrah Masa Lalu dan Harapan Masa Depan" yang dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Zubir Bin Embong selaku Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kuala Terengganu bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.
Thursday, 20 August 2015
Usrah Mingguan 21 Ogos 2015
21 Ogos 2015-Jumaat Usrah Mingguan ABIM.
📔Makalah AlQuran
Bagaimana teguh dalam Agama Allah?
1⃣Al-Furqān):32 - Berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa Al Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?"; demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacanya secara tartil (teratur dan benar). Pembeda (Al-Furqān):33 - Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya.
2⃣ Nabi Ibrahim ('Ibrāhīm):27 - Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.
3⃣ Nabi Hud:120 - Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.
4⃣ ('Āli `Imrān):8 - (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".
5⃣ (Al-'Anfāl):45 - Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.
6⃣(Al-'Anbyā'):25 - Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku".
7⃣ (An-Naml):59 - Katakanlah: "Segala puji bagi Allah dan kesejahteraan atas hamba-hamba-Nya yang dipilih-Nya. Apakah Allah yang lebih baik, ataukah apa yang mereka persekutukan dengan Dia?"
8⃣ (Ash-Shūraá):15 - Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nya-lah kembali (kita)".
Friday, 14 August 2015
Program Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Fakir Miskin
10 Julai 2015, Program Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Fakir Miskin diadakan di Restoran Gemilang, Kampung Raja seramai 60 orang. Terima Kasih diucapkan kepada semua penderma-penderma yang mempercayai ABIM Besut.
Program Sekampit Beras.
5 Julai 2015- Program Sekapit Beras dilancarkan untuk membantu kepada golongan-golongan yang memerlukan pada bulan ramadhan.
Kem Ihya Ramadhan
4 July 2015-Kem Ihya Ramadhan berlangsung di Kompleks Rakan Muda Anjuran ABIM selama 2 hari 1 malam. Peserta Dianggarkan seramai 60 orang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.