Saturday, 26 September 2015

Kursus Kepimpinan Nuqaba' 2015

17-18 September 2015- Kursus Kepimpinan Nuqaba' diadakan untuk pelajar SMA Ittifakiah seramai 79 orang bertempat di Kem Sri Kluang.

Kuliah Magrib II "Solat itu tiang Agama"

13 September 2015-Suatu Kuliah Magrib diadakan oleh Ustaz Mohd Azrul Hisham bin Mohamed yang bertajuk "solat itu tiang agama" yang diadakan di surau SMK Tengku Mahmud.

Kuliah Magrib "Apa itu Islam?"

2 September 2015- Suatu Kuliah diadakan oleh saudara Nik Ahmad Adham Bin Che Zainuddin bertajuk "Apa itu Islam" diadakan di surau SMK Tengku Mahmud melibatkan semua pelajar-pelajar Asrama di sekolah berkenaan.

PROGRAM KEMBARA MERDEKA

1 September 2015-Suatu Program Merdeka yang dianjurkan Oleh ABIM yang melibatkan seramai 50 orang daripada pelajar SMK Tengku Mahmud diadakan bertujuan untuk memupuk serta mendedahkan sikap patriotik dalam kalangan pelajar-pelajar.

Lawatan Ziarah Ahli Keluarga Usrah yang terlibat dalam kemalangan.

29 Ogos 2015-Suatu Lawatan Ziarah Ahli Keluarga Usrah yang terlibat dalam kemalangan diadakan di Hospital Kubang Kerian.

Dinner Talk Hari Kebangsaan 2015 "Ibrah Masa Lalu dan Harapan Masa Depan"

27 Ogos 2015- Wakil ABIM dijemput untuk menghadiri Dinner Talk Hari Kebangsaan 2015 "Ibrah Masa Lalu dan Harapan Masa Depan" yang dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Zubir Bin Embong selaku Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kuala Terengganu bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.